Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Laman Pak Guru Asan..........Selamat Hari Guru..........Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..........

Rabu, April 29, 2015

PERTANDINGAN KEMAHIRAN KADET PERTAHANAN AWAM PERINGKAT NEGERI JOHOR

Pada 29 Mac 2015 aku bersama-sama rakan-rakan guru Kadet Pertahanan Awam daerah Pontian mengiringi ahli KAPA seramai 36 orang menyertai cabaran Pertandingan Kemahiran Kadet Pertahanan Awan Negeri Johor. Pertandingan tersebut dilangsungkan di Universiti Kuala Lumpur, Pasir Gudang, Johor. Diaorang terpaksa mempersembahkan empat kemahiran iaitu kawad kaki, memadam kebakaran, pertolongan cemas dan menyelamat.



























Khamis, April 23, 2015

CIKGU HASAN TANAM PISANG TANDUK

Aku cikgu. Orang panggil aku Cikgu Hasan... Aku mengajar di sekolah menengah kecil; bilangan guru 54 orang dan jumlah muridnya 720 orang. Manakala isteriku seorang pengetua di sebuah sekolah menengah yang gurunya seramai 125 orang dan jumlah muridnya 1700 orang. Kitorang mempunyai minat yang sama iaitu bertani. Ketika ini kitorang mengusahakan tanaman pisang tanduk. Kitorang tanam di kawasan kebun kitorang dan juga di tepi parit sepanjang jalan di hadapan rumah kitorang. Seronok... Pisang yang ada itu kitorang jual. Sekilo paling kurang RM4.00. Setandan pisang tanduk kitorang boleh dapat lebih kurang RM30.00. Jual untuk buat kerepek atau jual yang dah tua untuk buat goreng pisang. Jika ada kawan-kawan yang bertandang ke rumah, kitorang hadiahkan kepada diorang buat buah tangan. Suka diorang...


Pertumbuhan pokok pisang terbantut sekejap kerana musim panas.

Seronok nengok kelopak pisang dah muncul.

Buah dah muncul...

Satu tandan yang biasa beratnya lebih kurang 8 kg.

Lembu masuk ke kawasan penanaman. Lembu tu orang sekampung punya.

Pisang kena curi. Diorang kait.

Diorang curi dengan mengait waktu malam. Pokok masih ada.

Kumpulkan pisang... ada orang tempah.

Siap timbang... orang beli nak buat kerepek.

Orang beli nak buat pisang goreng untuk jual...

Ada orang yang beli sikit-sikit... itupun bernilai RM50.00...

Hantar dengan kereta melayan permintaan pelanggan...

Kawan datang aku bagi pisang tanduk buat buah tangan...

Kawan dari Kuala lumpur datang, aku bagi pisang...

Selasa, April 21, 2015

FOTO TERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)

Foto ini baru aku terima daripada PPD Pontian pada hari Ahad 19 April 2015. Peristiwa itu sudah lama berlalu iaitu pada tahun 2014. Orang kata dah sejuk... Ini adalah kali ketiga aku terima Anugerah Perkhidmtan Cemerlang (APC). Tiada apa yang nak aku cerita dan ulas. Alhamdulillah dan syukur aku panjatkan kepada Allah SWT atas kurniaanNya. Terima kasih kepada semua.






Selasa, April 14, 2015

ANAK-ANAK BUAHKU KADET POLIS LELAKI DAN PEREMPUAN MENJUARAI PERTANDINGAN KAWAD KAKI DAERAH PONTIAN TAHUN 2015

Sukanya diorang.... Itulah kegembiraan anak-anak buahku ahli-ahli kadet polis lelaki dan perempuan sekolahku yang berjaya menjuarai pertandingan kawad kaki kategori organisasi badan kerajaan daerah Pontian tahun 2015. Kejayaan berganda. Aku pun turut tumpang gembira kerana walaupun aku adalah guru kadet pertahanan awam, akulah yang melatih diorang pagi petang sampai muka aku pun naik berminyak dan berjelaga dek kerana panas pancaran sang matahari. Selepas ni berlatih pulak untuk pertandingan peringkat negeri. Tahniah untuk korang...